Kami Menyediakan Solusi Komprehensif Untuk Perniagaan Makanan Anda

Dari penyelidikan pasaran, pembangunan produk makanan hinggalah ke peringkat pemasaran digital, pasukan kami sedia membantu anda.

Solusi Yang Ditawarkan

Penyelidikan Pasaran dan Analisis Pelanggan

Menawarkan kajian terperinci untuk memahami permintaan pelanggan, tren pasaran, serta pesaing. Ini termasuk analisis demografi dan keutamaan rasa, yang membantu perniagaan menyusun menu atau produk dengan lebih baik.

Penjenamaan dan Identiti Visual

Membantu mencipta logo, palet warna, dan gaya visual yang unik, serta bahan promosi seperti poster, menu digital, dan pembungkusan. Penjenamaan yang kuat mampu meningkatkan daya tarik dan membezakan perniagaan makanan di pasaran.

Kami menyediakan bantuan di dalam permohonan sijil halal, termasuk bimbingan di dalam penyediaan dokumen, pematuhan peraturan, dan persiapan audit halal.

Perundingan Pensijilan Halal
Pengurusan Operasi Dan Proses Dapur

Latihan dan konsultasi mengenai operasi harian, termasuk pengurusan inventori, proses dapur yang efisien, serta kawalan kualiti. Ini akan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kelancaran operasi harian.

Sistem Pengurusan Tempahan Dan Pembayaran Digital

Menyediakan sistem pengurusan tempahan serta integrasi dengan sistem pembayaran digital seperti e-wallets, yang penting untuk kelancaran urusan transaksi di era digital.

Memberikan kursus atau latihan kepada kakitangan dalam bidang seperti khidmat pelanggan, penjualan tambahan (upselling), dan prosedur kebersihan makanan. Ini dapat meningkatkan profesionalisme serta kepuasan pelanggan.

Latihan Dan Pembangunan Kakitangan
Pembangunan Laman Web
  • Pembangunan dan Pengoptimuman Laman Web: Pembangunan laman web responsif yang memenuhi keperluan perniagaan makanan, termasuk integrasi menu, borang tempahan, dan informasi produk.

  • Pengurusan eCommerce: Integrasi eCommerce untuk perniagaan yang menjual makanan secara dalam talian, termasuk sistem pembayaran, pengurusan inventori, dan penghantaran.

  • Pengoptimuman Kelajuan dan SEO: Menambah baik kelajuan laman dan struktur SEO untuk meningkatkan prestasi carian serta kepuasan pengguna.

  • Pengurusan Profil Perniagaan Google: Penubuhan, pengoptimuman, dan penyelenggaraan Profil Perniagaan Google untuk meningkatkan visibiliti di carian tempatan.

  • Pengurusan Media Sosial: Perancangan dan pengurusan kandungan di media sosial untuk meningkatkan kehadiran jenama dan berinteraksi dengan pelanggan.

  • SEO Tempatan (Local SEO): Pengoptimuman laman web dan kehadiran digital untuk mencapai kedudukan yang lebih baik dalam carian tempatan.

  • Pemasaran Kandungan: Penyediaan kandungan relevan seperti blog, video, dan infografik bagi menarik minat sasaran pelanggan dan mengekalkan engagement.

Pemasaran Digital

Membantu memperbaiki resipi dari segi rasa, tekstur, dan jangka hayat. Selain itu, kami turut menyediakan sokongan di dalam penyelidikan dan pembangunan untuk produk makanan inovatif, termasuk pembungkusan, pengawetan, dan pengujian pasaran.

Penambahbaikan Produk dan Teknologi Makanan