10 Tip Memilih Nama Jenama Produk Makanan
Memilih nama jenama untuk produk makanan adalah langkah penting dalam membina identiti perniagaan dan menarik perhatian pelanggan. Nama jenama yang baik bukan sahaja mudah diingati tetapi juga mencerminkan kualiti, nilai, dan keunikan produk yang ditawarkan. Artikel ini akan membincangkan panduan asas dalam memilih nama jenama untuk produk makanan anda.
PEMASARAN DAN PENJENAMAAN


1. Kenali Identiti Dan Nilai Jenama Anda
Sebelum memilih nama, tentukan identiti dan nilai jenama anda. Tanya diri anda soalan berikut:
Apakah visi dan misi perniagaan anda?
Apakah keunikan produk makanan yang anda tawarkan?
Siapakah sasaran pelanggan anda?
Dengan memahami elemen ini, anda dapat mencipta nama yang mencerminkan identiti jenama anda dengan lebih jelas.
2. Mudah Diingati dan Disebut
Pilihlah nama yang pendek, ringkas tapi kreatif supaya mudah diingati. Sebaik-baiknya, nama jenama tidak melebihi 3 perkataan. Selain itu, nama yang dipilih mestilah mudah disebut oleh pelanggan. Contoh; RotiBoy, SecretRecipe dan Richiamo.
3. Pastikan Nama Unik dan Tidak Digunakan oleh Jenama Lain
Sebelum memilih nama, lakukan penyelidikan untuk memastikan nama tersebut belum digunakan oleh jenama lain. Anda boleh:
Melakukan carian di Google.
Semak di platform media sosial.
Periksa pendaftaran tanda dagangan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Nama yang unik membantu mengelakkan masalah undang-undang dan membina identiti jenama yang kuat.